Gotong Royong Membakar Lemang di Sidam Kiri

Sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha, satu majlis gotong royong membakar lemang telah diadakan di Kampung Sidam Kiri pada 7 Disember 2008 yang lalu. Program anjuran Pemuda Bahagian dengan kerjasama ahli-ahli Pemuda UMNO Zon Sidam Kiri ini turut mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada penduduk Kampung Sidam Kiri, Kampung Kemumbung, Kampung Banggol dan Kampung Alor Perui. Sebanyak 300 lemang berjaya dibakar sejak dari jam 12 tengah hari lagi dan diagih-agihkan kepada para penduduk setempat.


Disamping membakar lemang, para penduduk kampung ini juga turut berpeluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma daripada TASLY Sdn Bhd. Antara yang turut hadir memeriahkan lagi program ini ialah Sdr Azhar Mahmud, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, barisan ahli jawatankuasa pemuda bahagian dan turut tidak ketinggalan Dato’ Mahmud Fauzi Shaari, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sungai Petani.



Menurut Pengerusi Pemuda UMNO Zon Sidam Kiri, Sdr Anuar Mohd Hussein, majlis gotong royong membakar lemang ini merupakan aktiviti yang julung kali diadakan di Kampung Sidam Kiri dan beliau amat berharap majlis ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sidam Kiri, Sdr Abu Bakar Salleh berhasrat untuk meletakkan acara gotong royong ini di dalam kalendar tahunan Kampung Sidam Kiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: