KENDURI KORBAN PEMUDA BAHAGIAN DI KG PERMATANG KELOMPANG

Majlis Kenduri Korban Pemuda UMNO Bahagian Sungai Petani telah diadakan pada 10 Disember 2008 yang lalu di Surau Kampung Permatang Kelompang, Kota Kuala Muda. Program anjuran Biro Agama Pemuda UMNO Bahagian ini bermula sejak awal pagi dan berakhir pada sebelah petangnya. Bagi memberkati lagi majlis tersebut, suatu tahlil ringkas turut diadakan di surau kampung berkenaan dan dipimpin oleh Tuan Imam Masjid Hj Kudong.



Antara tetamu jemputan yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Ali Yahya, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani bersama-sama beberapa orang barisan ahli jawatankuasa bahagian. Majlis korban yang turut disertai oleh penduduk tempatan bermula dengan sembelihan lembu korban pada sebelah pagi dan dilapah secara gotong royong oleh ahli-ahli pemuda bersama-sama para penduduk Kampung Permatang Kelompang.



Ustaz Mohd Effendi Masyum,  Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Bahagian Sungai Petani ketika ditemui mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini khususnya Ketua Pemuda Bahagian, Sdr Azhar Mahmud dan beberapa ahli jawatankuasa pemuda bahagian yang hadir sejak awal pagi sehinggalah majlis kenduri korban ini selesai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: