KENDURI KORBAN PEMUDA BAHAGIAN DI KG PERMATANG KELOMPANG

Posted in Aktiviti, Berita on December 15, 2008 by shawnsintok

Majlis Kenduri Korban Pemuda UMNO Bahagian Sungai Petani telah diadakan pada 10 Disember 2008 yang lalu di Surau Kampung Permatang Kelompang, Kota Kuala Muda. Program anjuran Biro Agama Pemuda UMNO Bahagian ini bermula sejak awal pagi dan berakhir pada sebelah petangnya. Bagi memberkati lagi majlis tersebut, suatu tahlil ringkas turut diadakan di surau kampung berkenaan dan dipimpin oleh Tuan Imam Masjid Hj Kudong.



Antara tetamu jemputan yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Ali Yahya, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani bersama-sama beberapa orang barisan ahli jawatankuasa bahagian. Majlis korban yang turut disertai oleh penduduk tempatan bermula dengan sembelihan lembu korban pada sebelah pagi dan dilapah secara gotong royong oleh ahli-ahli pemuda bersama-sama para penduduk Kampung Permatang Kelompang.



Ustaz Mohd Effendi Masyum,  Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Bahagian Sungai Petani ketika ditemui mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini khususnya Ketua Pemuda Bahagian, Sdr Azhar Mahmud dan beberapa ahli jawatankuasa pemuda bahagian yang hadir sejak awal pagi sehinggalah majlis kenduri korban ini selesai.

Gotong Royong Membakar Lemang di Sidam Kiri

Posted in Aktiviti, Berita on December 15, 2008 by shawnsintok

Sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha, satu majlis gotong royong membakar lemang telah diadakan di Kampung Sidam Kiri pada 7 Disember 2008 yang lalu. Program anjuran Pemuda Bahagian dengan kerjasama ahli-ahli Pemuda UMNO Zon Sidam Kiri ini turut mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada penduduk Kampung Sidam Kiri, Kampung Kemumbung, Kampung Banggol dan Kampung Alor Perui. Sebanyak 300 lemang berjaya dibakar sejak dari jam 12 tengah hari lagi dan diagih-agihkan kepada para penduduk setempat.


Disamping membakar lemang, para penduduk kampung ini juga turut berpeluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma daripada TASLY Sdn Bhd. Antara yang turut hadir memeriahkan lagi program ini ialah Sdr Azhar Mahmud, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, barisan ahli jawatankuasa pemuda bahagian dan turut tidak ketinggalan Dato’ Mahmud Fauzi Shaari, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sungai Petani.



Menurut Pengerusi Pemuda UMNO Zon Sidam Kiri, Sdr Anuar Mohd Hussein, majlis gotong royong membakar lemang ini merupakan aktiviti yang julung kali diadakan di Kampung Sidam Kiri dan beliau amat berharap majlis ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sidam Kiri, Sdr Abu Bakar Salleh berhasrat untuk meletakkan acara gotong royong ini di dalam kalendar tahunan Kampung Sidam Kiri.

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN PEJABAT PEMUDA

Posted in Berita on December 3, 2008 by shawnsintok

Pada 30 November 2008 yang lalu, satu majlis gotong royong telah diadakan bagi membersihkan pejabat pemuda di Bangunan UMNO Bahagian Sungai Petani. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Sdr Azhar Mahmud, Ketua Pemuda Bahagian bersama-sama beberapa orang AJK Pemuda yang lain.

AHLI JAWATANKUASA PEMUDA UMNO BAHAGIAN SUNGAI PETANI 2008-2011

Posted in Siaran on December 1, 2008 by shawnsintok

Ketua Pemuda : Sdr Azhar Hj Mahmud
Naib Ketua Pemuda : Sdr Nazri Zakaria
Penolong Setiausaha : Sdr Amran Abdul Rashid
Penolong Bendahari : Sdr Tarmizi Musa
Ketua Penerangan : Sdr Syamsul Anuar Ismail

Ahli Jawatankuasa
Sdr NazrI Daud
Sdr Mohd Ramzi Darus
Sdr Mohd Syamsul Fazli Md Yusof
Sdr Sabri Ahmad
Sdr Mohd Norulazman Nasir
Sdr Wan Ahmad Syaiful Azli
Sdr Zamri Puteh
Sdr Shubri Ahmad
Sdr Sirazi Salleh
Sdr Abdul Mutalib Abd Manaf
Sdr Mohd Zamri Saidin
Sdr Mohd Effendi Masyum
Sdr Zaini Omar
Sdr Azlizam Salleh
Sdr Nordin Daros
Sdr Zaimi Rizal Zainol
Sdr Kamarul Baharin Md Yusof
Sdr Borhan Bahatin